LAZADA SPECIAL OFFER

Wednesday, July 31, 2013

Doa Penguat Zakar (1)

Doa Penguat Zakar (1)

Cubalah kaedah ini untuk menguatkan Zakar anda yang lemah. Hendaklah membaca doa ini sebanyak 7 kali kepada air yang suam kemudian mandikanlah Zakar anda air tersebut. Atau celupkanlah tuala kecil ke dalam air suam itu kemudian perahkan airnya dan bungkuslah Zakar anda dengan tuala itu sehingga sejuk. Cubalah amalkan sehingga 7 hari berterusan, Insya-Allah
Bismilah Hiroh Man Niroh Him
Yaa Qahar, Lailla Ha il lulloh, Wahidul Qahar.
Doa Penguat Zakar. (2)
Faedah Doa Yang Di baca waktu lemah Zakar.
Jika di rasai lemah zakar ketika jimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakarnya di waktu hendak jimak (bersetubuh) mudah mudahan kuatlah zakar ketika bersetubuh. Insya-Allah
Inilah Doanya.
بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ.
Bismillah hirohman Niroh him.
Allah huma innaa Na ngu zubika tam mah. Warruhi, wad dami, walhmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kozoita amron fain namaa yakulu lahu kun fayakun. ( 3 Kali)
Doa Penguat Zakar (3).
Atas Permintaan Ramai di sini saya perturunkan amalan doa penguat Zakar (3) yang di amal-amalkan oleh orang-orang lama sejak dahulukala.
AAmalkanlah doa ini dengan membacanya sebanyak 7 kali ketika hendak bersetubuh. Isya-Allah ia dapat mengeraskan Zakar anda dan dapat bertahan lama semasa menjalankan tugas anda itu. Inilah doa yang masyhur di kalangan tuk-tuk guru zaman dahulu
Doanya ialah.
بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا

Bismilah Hiroh Man Niroh Him
Alhamdu lillahil lazi kholako minal maa i basharo.
Doa Penguat Zakar (4)
Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskan tapak tangan anda.. Jangan gunakan minyak yang panas di takuti akan mencederakan zakar Anda. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jemari tangan dan urut di kelengkang ia itu di antara dubur ke telur zakar.. Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Baca doa ini sebanyak 7 kali .

نعم القديم

نعم الدايم

نعم الأحد

نعم وحيد

نعم الصمد

يا الله - يا الله - يا الله

نعم القهار - نعم القهار - نعم القهار

Lailaha il’aLlah hu Wahidul Qahar
Amalan ini amat berkesan dan kekadang dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan hebat sekitar 2 atau 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika dalam keadaan cuaca sejuk supaya ligament dan urat syaraf yang berada pada zakar dalam keadaan tahap kecergasan yang terbaik.

DOA SUPAYA ANAK TIDAK MELAKUKAN MAKSIAT DAN BERZINA

DOA SUPAYA ANAK TIDAK MELAKUKAN MAKSIAT DAN BERZINA

Saya ulang semula doa ini untuk menggambarkan betapa pentingnya kita memelihara nama baik dan maruah kita dan agar keturunan kita tidak melakukan dosa besar ini. 
Cara: Ayah meletakkan tapak tangannya pada dada anak lelakinya
Dan ibu meletakkan tapak tangannya pada dada anak perempuan, dan baca doa ini dengan penuh tulus.

Ada yang kata ia susah dibaca, baiklah...
Lelaki:          AllhummagFirzambahu, Wattohir Qolbahu, Wahassin ParJahu
Perempuan:  AllahummaFirzambaha, Wattohir Qolbaha, Wahassin Parjaha.

Anda mungkin juga meminati:

DOA MENGUATKAN INGATAN

DOA MENGUATKAN INGATAN





Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Maha Suci Allah, Dan segala pujian bagi Allah, Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar (Maha Berkuasa) Tidak ada kekuasaan
dan Kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang mulia, Yang mengetahui sebanyak bilangan huruf yang tertulis sepanjang zaman"

Doa ini sangat sesuai bagi anda yang sedang belajar dan menghafal sesuatu. Sangat berguna untuk mereka yang sedang menelaah mata pelajaran dan ilmu sama ada anda di sekolah atau di pusat pengajian tinggi dan di sekolah-sekolah pengajian agama.

Prière si les gens détestaient Si vous hait quelqu'un au-delà de la croyance ou sans raison apparente, essayez de charité Al-Fatiha pour lui. Si Dieu le veut, la haine va diminuer ou disparaître.

Prière si les gens détestaient
Si vous hait quelqu'un au-delà de la croyance ou sans raison apparente, essayez de charité Al-Fatiha pour lui. Si Dieu le veut, la haine va diminuer ou disparaître.


Al-Fatiha | Avantages et bienfaits


SECRET Al-Fatiha

Quiconque lit la sourate Al-Fatiha relations sexuelles 70 fois par jour pendant sept jours auparavant respirait bu de l'eau pure, alors il va acquérir la connaissance et la sagesse ainsi que son esprit dégagé de tout dommage.
Parmi les avantages Fatiha est celui qui lit «Al-Fatiha» à un moment où d'aller dormir, Mu'awwidzatain 3 fois de la sourate Ikhlas, puis il sera à l'abri de tous les cas autres que la mort. Et qui le souhaitent (désir quelque chose) à Dieu swtmaka il a lu la sourate Al-Fatiha par 41 fois entre les prières de Fajr et la prière obligatoire du matin jusqu'à 40 jours (pas plus) alors supplié à Allah Si Dieu le veut, il satisfait aux exigences de sa vie.

Celui lire Fatiha avec Bismillah entre l'aube volontaire et obligatoire matin avec Istiqomah puis rang ont répondu quand il le veut et si c'est elle sera riche et pauvre si elle avait alors pu membayanr sa dette et si elle va guérir les malades, et si elle a eu un enfant, son fils devenir un bon fils, grâce à la sourate Al-Fatiha.

Quiconque pratique de la lecture Al-Fatiha 20kali chaque prière obligatoire cinq fois par jour, Allah élargir disposition, améliorer la morale, lui-même soumis, a enlevé son perihatinan et de détresse, a donné ce qu'il pensait évoquent, obtenir une variété de bénédictions et de gloire, le rendre crédible, noblesse, bonne vie et il a protégé ses enfants contre les préjudices et les dommages et décerné bonheur et ainsi de suite.
Quiconque pratique de la lecture Al-Fatiha 125 fois la prière du matin alors qu'il se son sens et il a trouvé ce que vous cherchez et il devrait Dua qui signifie:
"O Allah, en vérité, je te prie, en vérité Sourate Al-Fatiha et ses secrets, ce qui m'a facilité les choses, qu'il s'agisse des entreprises ou des affaires akirat monde, qui ont été acceptées et que vous souhaitez et mon vœu exaucé ..........."
Quiconque pratique à un moment où la lecture Al-Fatiha Sahour (minuit) de 41 fois makaAllah Tout-Puissant Il ouvrit la porte et faciliter la fourniture de l'entreprise sans peine et trouble. Terminez la lecture de la Fatiha Al-et devez prier:
"O Allah, en vérité, je te prie, en vérité Sourate Al-Fatiha et secret, que tu m'a ouvert les portes de Ta miséricorde et Ta Ta grâce providence. Et toi faciliter chaque tâche, pas cher est bon pour moi ta providence plus de bénédictions sans limites et sans grande difficulté, pour Vous êtes en contrôle de toutes choses. Je prie pour vous avec la permission de la sourate Al-Fatiha et ses secrets, étant donné ce que je souhaite pour ........ "

Makanan Terbaik Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah

Makanan Terbaik Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah

Makanan sunnah yang akan dikongsikan di sini amatlah istimewa. Ini kerana makanan-makanan ini telah disebutkan di dalam Al-Quran dan hadith Nabi, tentang khasiat dan kelebihannya. Subhanallah! Hanya Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

Firman Allah SWT dalam surah al-An'aam ayat 99:


"Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dan mayang- mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun- kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman." - Surah al-An'aam : 99

1. Buah Delima

Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya." - Surah Al- An'am ayat 99

Khasiat buah delima:
  • Kaya dengan unsur zat besi. 
  • Proses pembinaan darah merah. Mengurangkan risiko penyakit anemia. 
  • Mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi di antara buah-buahan yang lain.
  • Mengandung potassium yang besar isipadunya.
  • Mengandungi mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindak bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degup jantung agar tetap normal.
  • Meningkatkan kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur.
  • Mencegah edema dan mengurangi kadar gula di dalam darah. 
  • Buah delima juga dapat menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.

2. Kismis

Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadith yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut." 


Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.



Khasiat kismis:
  • Menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
  • Kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih. 
  • Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.


3. Kurma

Firman Allah SWT dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
 Khasiat kurma:
  • Terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu. 
  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. 
  • Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah serta sumsum tulang.
  • Makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

4. Habbatus sauda'

Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)." - Hadith Riwayat Hadith dan Muslim

 
Khasiat habbatus sauda’:
  • Terapi untuk mengaktifkan enzym adenylylclase yang bertanggungjawab terhadap perubahan spesifik dalam peringkat-peringkat usia.
  • Terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Saam (mati) - Hadith Sahih Bukhari Muslim.


5. Za'faran

Sayidina Ali pernah menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir. "




 
Khasiat za’faran / saffron:
  • Sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin & Tiamin).
  • Membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, penenang dan juga peransang tenaga batin. 
  • Membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.


6. Madu

Firman Allah: "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" - Surah An-Nahl ayat 68-69.
 
Khasiat madu:
  • Mengandungi aneka zat makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik. 
  • Kandungan karbohidrat dalam madu adalah yang tertinggi di antara produk-produk ternak yang lain seperti susu, telur, daging dan mentega. 
  • Penawar bagi kebanyakan penyakit (dengan izin Allah).


7. Zaitun

Firman Allah: "Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" - Surah Al-Mukminin ayat 20.


Khasiat zaitun:
  • Penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.
  • Membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
  • Bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. 
  • Mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.


8. Buah Tiin

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”




Khasiat buah tiin:
  • Mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan.
  • Satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan. 
  • Dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik). 
  • Tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.


KESIMPULAN

Setiap makanan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun hanya Allah SWT yang layak memberikan kebaikan dan kesihatan kepada kita. Janganlah kita menganggapkan makanan ini yang memberi kita kesihatan. Ia hanyalah sekadar usaha kita untuk mendapatkan kesihatan.Percayalah dengan nama Allah, Insya-Allah akan dapat keberkatan dan kebaikan.

Wallahu'alam

बाध्य या बंधन के रिलीज / बाध्य या बंधन के रिलीज / பிணைப்பு அல்லது கலவையை வெளியீடு / Высвобождения связанных или кандалов / বাউন্ড বা শৃঙ্খল মুক্তির

Высвобождения связанных или кандалов

Когда кто-то обязан или связали, должны читаться Fathihah 121 раз, а затем выдыхается на связь или оков.



Insyaaal belunggu разлагается связью или с разрешения Аллаха мисс

বাউন্ড বা শৃঙ্খল মুক্তির

কাউকে বাধ্য বা আবদ্ধ করা হয়, Fathihah 121 বার পড়া হইবে তারপর, বন্ড বা জিঁিজর নেভিগেশন exhaled.



আল্লাহ Miss অনুমতি সঙ্গে Insyaaal পচে বন্ড বা জিঁিজর


பிணைப்பு அல்லது கலவையை வெளியீடு

யாரோ கட்டப்படுகிறது அல்லது கட்டி போது, Fathihah 121 முறை படிக்க வேண்டும், பிறகு பத்திர அல்லது கலவையை மீது உள்ளிழுத்து வெளிவிடுவது.



அல்லாஹ் மிஸ் அனுமதி கொண்டு Insyaaal சிதைந்த பத்திர அல்லது கலவையை


બાઉન્ડ અથવા shackles પ્રકાશન

કોઈને બંધાયેલા અથવા બાંધી છે, ત્યારે Fathihah 121 વખત વાંચી આવશે, પછી બોન્ડ અથવા shackles પર બહાર કાઢે છ.



અલ્લાહ મિસ ની પરવાનગી સાથે Insyaaal ઊતરેલું બોન્ડ અથવા shackles


बाध्य या बंधन के रिलीज

किसी को बाध्य या बांध दिया जाता है, Fathihah 121 बार पढ़ा जाएगा, तो बांड या बंधन पर exhaled.



अल्लाह याद आती है की अनुमति के साथ Insyaaal विघटित बंधन या बंधन

Ayat Surah Ibrahim untuk keampunan dan keselamatan

Ayat-ayat Doa dalam al-Quran (12) - Surah Ibrahim





Surah Ibrahim


Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim ‘alaihis salam) سورة إبراهيم adalah surah ke-14 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri daripada 52 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kerana diturunkan di Makkah sebelum Hijrah. Dinamakan Ibrahim, kerana surah ini mengandung doa Nabi Ibrahim ‘alaihis salam iaitu ayat 35 hingga 41. Doa ini isinya antara lain: permohonan agar keturunannya mendirikan solat, dijauhkan dari menyembah berhala-berhala dan agar Makkah dan daerah sekitarnya menjadi daerah yang aman dan makmur. Doa Nabi Ibrahim ‘alaihis salam ini telah diperkenankan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagaimana telah terbukti keamanannya sejak dahulu sampai sekarang. Doa tersebut dipanjatkan beliau ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala sesudah selesai membina Ka'abah bersama puteranya Ismail ‘alaihis salam, di dataran tanah Makkah yang tandus.

Isi Kandungan Surah Ibrahim


Keimanan:

Al Quran adalah pembimbing manusia ke jalan Allah; segala sesuatu dalam alam ini kepunyaan Allah; keingkaran manusia terhadap Allah tidaklah mengurangi kesempurnaan-Nya; nabi-nabi membawa mukjizat atas izin Allah semata-mata; Allah berkuasa mematikan manusia dan membangkitkannya kembali dalam bentuk baru; ilmu Allah meliputi yang lahir dan yang bathin. 

Hukum-hukum:

Perintah mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian harta baik secara rahsia maupun secara terang-terangan. 

Kisah-kisah:

Kisah Nabi Musa ‘alaihis salam dengan kaumnya, serta kisah para rasul zaman dahulu. 

Dan lain-lain:

Sebabnya rasul-rasul diutus dengan bahasa kaumnya sendiri; perumpamaan tentang perbuatan dan perkataan yang hak dengan yang bathil; kejadian langit dan bumi mengandung hikmah-hikmah; macam-macam nikmat Allah kepada manusia dan janji Allah kepada hamba-hamba yang mensyukuriNya.



Ayat Doa dalam Surah Ibrahim

1. Doa Nabi Ibrahim agar tempatnya mendapat keamanan dan keampunan:



Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. (Surah Ibrahim 14: 35)



Maksudnya: Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat). (Surah Ibrahim 14: 36)




Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahmu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. (Surah Ibrahim 14: 37)



Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! (Surah Ibrahim 14: 38)



Maksudnya: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan. (Surah Ibrahim 14: 39)



Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim 14: 40)



Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".(Surah Ibrahim 14: 41)

Wallahu 'A'alam.

Surah Al-Maa'idah untuk rezeki dan tetap beriman



Ayat-ayat Doa dalam al-Quran (5) - Surah Al-Ma’idah



Surah Al-Maa’idah


Surah Al-Maa’idah - (Hidangan) سورة المائدة - terdiri dari 120 ayat; termasuk golongan surat Madaniyyah. Sekalipun ada ayatnya yang turun di Mekah, namun ayat ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam hijrah ke Madinah, yaitu di waktu haji wadaa'. Surah ini dinamakan Al Maa'idah (hidangan) kerana memuatkan kisah pengikut-pengikut setia Nabi Isa ‘alaihis salam meminta kepada Nabi Isa ‘alaihis salam agar Allah menurunkan untuk mereka Al Maa'idah (hidangan makanan) dari langit (ayat 112). Dan dinamakan Al Uqud (perjanjian), kerana kata itu terdapat pada ayat pertama surat ini, dimana Allah menyuruh agar hamba-hamba-Nya memenuhi janji prasetia terhadap Allah dan perjanjian-perjanjian yang mereka buat sesamanya. Dinamakan juga Al Munqidz (yang menyelamatkan), kerana akhir surah ini mengandung kisah tentang Nabi Isa ‘alaihis salam penyelamat pengikut-pengikut setianya dari azab Allah.



Isi Kandungan Surah Al-Maa’idah

Keimanan: 

Bantahan terhadap orang-orang yang mempertuhankan Nabi Isa ‘alaihis salam.

Hukum-hukum:

Keharusan memenuhi perjanjian; hukum melanggar syi'ar Allah; makanan yang dihalalkan dan diharamkan; hukum mengahwini ahli kitab; wudhu'; tayammum; mandi; hukum membunuh orang; hukum mengacau dan mengganggu keamanan; hukum qishaas; hukum melanggar sumpah dan kafaaratnya; hukum binatang waktu ihram; hukum persaksian dalam berwasiat.

Kisah-kisah: 

Kisah-kisah Nabi Musa ‘alaihis salam menyuruh kaumnya memasuki Palestin; kisah Habil dan Qabil, kisah-kisah tentang Nabi Isa ‘alaihis salam.

Dan lain-lain:

Keharusan bersifat lemah lembut terhadap sesama mukmin bersikap keras terhadap orang-orang kafir; penyempurnaan Agama Islam di zaman Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam; keharusan jujur dan berlaku adil; sikap dalam menghadapi berita-berita bohong; akibat berteman akrab dengan orang yang bukan muslim; kutukan Allah terhadap orang-orang Yahudi, kewajiban rasul hanya menyampaikan agama; sikap Yahudi dan Nasrani terhadap orang Islam; Ka'bah dan kehidupan manusia; peringatan Allah supaya meninggalkan kebiasaan Arab jahiliyah; larangan-larangan terhadap pertanyaan-pertanyaan yang mengakibatkan kesempitan dalam agama.


Ayat-ayat Doa dalam Surah Al-Maa’idah



1. Doa agar ditetapkan bersama orang-orang yang beriman:


Maksudnya: Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam)”. (Al-Maa’idah 5: 83)

2. Doa Nabi Isa untuk diturunkan hidangan dari langit:


Maksudnya: Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki". (Al-Maa’idah 5:114)

Wallahu A'alam.

Ayat Surah Al-Baqurah untuk keselamatan



Ayat-ayat Doa dalam al-Quran (2) - Surah Al-Baqarah




Surah Al-Baqarah

Surah Al Baqarah (Arab: سورة البقرة‎  "Lembu") merupakan surah kedua dan terpanjang yang mengandungi 286 ayat. Surah itu turun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada Haji wada' (haji Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam yang terakhir). Seluruh ayat dari surat ini merupakan ayat Madaniyyah yang di dalamnya juga mempunyai ayat yang terpanjang (ayat 282). Surat ini dinamai Al Baqarah kerana terdapat kisah di dalamnya yang berkaitan perbalahan kaum Bani Israil dengan Nabi Musa a.s. tentang penyembelihan lembu betina untuk mengetahui siapa yang kemudiannya menjelaskan sifat kaum Yahudi yang keras hatinya. Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Ia juga digelar juga surah alif-laam-miim kerana surah ini dimulai dengan Alif-laam-miim.



Isi Kandungan Surah Al-Baqarah


Surah ini banyak mengisahkan hukum-hakam dan syariat seperti perintah mengerjakan solat; menunaikan zakat; hukum puasa; hukum haji dan umrah; hukum qisas; hal-hal yang halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara menyantuni anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak menerimanya; wasiat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah; kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merosakkan masjid; hukum meubah kitab-kitab Allah; hukum haidh, 'iddah, thalak, khulu', ilaa' dan hukum susuan; hukum melamar, mahar, larangan mengahwini wanita musyrik dan sebaliknya; hukum perang.



Surah ini juga ada menceritakan kisah Nabi Adam ‘alaihis salam, Nabi Musa ‘alaihis salam dan Nabi Ibrahim ‘alaihis salam serta larangan akan bulan haram. Perkara utamanya adalah berdakwah kepada kaum musyrik dan Yahudi Madinah serta memberi amaran kepada mereka serta kepada kaum munafik akan ketentuan Allah kepada mereka yang tidak beriman kepada-Nya.

Surah ini juga mengandungi ayat kursi iaitu ayat yang teragung dan sering dihafal oleh masyarakat Muslim. Malah, ayat ini dijadikan bacaan untuk mendapat perlindungan dan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.


Ayat-ayat Doa dalam Surah Al-Baqarah

1. Tidak menjadi orang bodoh (jahil):


Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)". (Al-Baqarah 2:67)

2. Doa Nabi Ibrahim ketika membina Rumah atau Kaabah:


Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui; (Al-Baqarah 2:127)


Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani; (Al-Baqarah 2:128)


Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"(Al-Baqarah 2:129)

4. Memohon kebaikan yang baik di dunia dan di akhirat:


Maksudnya: Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Al-Baqarah 2:201)

5. Ketika bertemu musuh dalam peperangan:


Maksudnya: Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir".(Al-Baqarah 2:250)

6. Ayatul Kursi:


Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (Al-Baqarah 2: 255)

Diriwayatkan daripada Sahih Muslim bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda memberitahu kepada Ubai bin Ka’ab bahawa ayat yang paling agung dalam al-Qur’an adalah ayat al-Kursi. Ada juga diriwayatkan di dalam Sahih Bukahri dan Sahih Muslim berkenaan kisah Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menangkap syaitan yang mempunyai hubung kaitnya dengan ayat al-Kursi.

7. Tidak dihukum kerana terlupa atau tersilap, dan beban diringankan:


Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah 2:286)


Wallahu A'alam.