DOA ELAK BAYI KECIL TERKENA SAWAN TANGIS
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Agak lama juga tak menulis dalam blog ini. Sempena malam yang dirahmati dibulan Ramadhan ini. Semasa membaca surah Al-Nisa terjumpa ayat ini dimana pada suatu ketika dahulu, arwah ibu pernah memberitahu kegunaan ayat ini baik untuk menghilangkan dan mencegahkan bayi yang masih kecil dari terkena sawan tangis dan sawan lain-lain jika ada.
Cara-caranya.
1. Tuliskan ayat ini diatas kertas dengan pen dakwat atau ballpen.
2. Sebelum mandikan bayi, direndamkan kertas yang telah dituliskan doa tersebut ke dalam ayer mandian bayi dalam besen itu.
3. Tunggu sehingga semua tulisan ayat-ayat tersebut hilang dalam ayer dan keluarkan kertas tersebut.
4. Sebelum memandikan bayi anda. Selawat dahulu sebelum memandikan bayi anda.
Inshaa Allah dengan usaha ini akan dijauhkan bayi kecil dari terkena sawan nangis dengan keizinan-Nya. Moga-moga dirahmati-Nya.
DOA TERSEBUT.
Maknanya:
Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendiri-an yang tetap) antara (iman dan kufur) itu mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula ber- pihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyela- matkannya.
Sekian wasallam.
No comments:
Post a Comment