LAZADA SPECIAL OFFER

Monday, December 23, 2013

3 Khasiat Daun Bidara



3 KHASIAT DAUN BIDARA YANG ANDA BOLEH PEROLEHI

Standard

daun bidara
Pernahkah anda melihat daun ini? Baunya macam rumput basah.
Ia senang diperolehi di sekeliling kita. Kadang-kadang ada di tepi rumah, kadang-kadang ada di tepi jalan. Boleh jadi kita pernah menggunakannya.
Tapi, tahukah anda khasiat daun ini?
Khasiat daun  bidara
Bidara adalah salah satu herba tradisional yang sudah digunakan sejak zaman berzaman. Ramai yang menggunakannya untuk mendapatkan khasiat daun bidara yang baik untuk kebersihan diri dan pengubatan.
Ia bertindak sebagai agen pembersih semulajadi seperti sabun yang boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kulit. Malah ia juga boleh merawat masalah jerawat.
Pada zaman Rasulullah S.A.W, bidara digunakan untuk membersihkan badan sama seperti kita menggunakan sabun, shampoo atau losyen. Daun bidara juga digunakan untuk memandikan jenazah.
Hanya tambahkan 1 cawan serbuk bidara ke dalam sebaldi air. Gaulkan sehingga sebati dan jiruskan pada jenazah semasa mandian pertama. Amalan ini sememangnya adalah sunnah Nabi sendiri.
Wanita yang mandi wajib setelah suci daripada haid juga disunatkan menggunakan daun bidara ketika mandi.
Rawat sihir dengan daun bidara.
Walaupun amalan merawat sihir menggunakan daun bidara bukan amalan Rasulullah S.A.W, tetapi ulama’ Salaf telah sepakat untuk membenarkan amalan ini sebagai kaedah penyembuhan yang tidak melanggar hukum syarak.
Kaedah yang diambil dari kitab Imam ibn Qayyim al Jauziyyah adalah seperti berikut:
  1. Ambil 7 helai daun bidara, tambahkan ke dalam air minuman (air mineral atau yang seangkatan dengannya).
  2. Baca ayat Kursi, Surah 3 Qul, beberapa potong ayat yang berkenaan dengan menghindari sihir seperti Surah al-A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha dan selawat ke atas Nabi.
  3. Hembuskan ke dalam air yang diadun dengan daun bidara tadi.
  4. Gunakan air tersebut sebagai minuman dan mandian. Insya-Allah.
Selain itu, kaedah menggunakan daun bidara juga baik untuk merawat lelaki yang tidak boleh berjimak dengan isteri kerana telah disihir. Cara-caranya ialah:
  1. Ambil 7 helai daun bidara, tumbuk hingga halus, kemudian dicampurkan ke dalam bekas yang berisi air.
  2. Baca surah-surah berikut dan hembuskan pada air; Ayat Kursi,Surah 3 Qul, beberapa potong ayat yang berkenaan dengan menghindari sihir seperti Surah al-A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha.
  3. Kemudian minum air tersebut sebagai 3 kali dan lebihannya digunakan untuk mandi.
  4. Insya-Allah, penyakit akan sembuh. Digalakkan mengulang amalan ini sebanyak 2 ke 3 kali sehingga penyakit benar-benar sembuh.
Anda boleh mencuba sendiri atau mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang bertauliah. Kita hanya berikhtiar dan hanya Allah sahaja yang menentukan-Nya.

KAYU LIMPANAS ATAU KAYU TAS ASLI  ( Goniothalamus velutinus )DARI HUTAN HUJAN BRUNEI   

GOD STICK MOUNTAIN (GONIOTHALAMUS VELUTINUS) FROM BRUNEI RAINFOREST

 

           Brunei Darussalam

Kayu Limpanas adalah sejenis kayu yang mempunyi khasiat nya tersendiri yang telah di katahui sejak sekian lama. Ia nya berkhasiat untuk penunduk binatang buas, penjaga rumah atau kenderaan, makhluk-makhluk halus. Tidak boleh digunakkan untuk memukul manusia kerana boleh mendatangkan mudarat. Ia adalah ternama tempatan sebagai Kayu Hujan Panas (Melayu), Lukai (Iban), Gertimang (Penan), dan Bihidieng (Kayan). Ia digunakan untuk melindungi dan untuk menakutkan hantu atau roh-roh jahat dengan menggantung batang pada pintu atau membakar kulit untuk menghasilkan bau yang kuat.

 Ia juga digunakan secara meluas untuk melindungi daripada haiwan liar seperti harimau. beruang, singa, monyet dan banyak lagi, terutama bagi mengesan hutan atau meneroka, tujuan zoo, untuk penjaga haiwan liar dan sebagainya. Sebab itu  di Borneo TIDAK terdapat binatang buas saperti Harimau, singa, Harimau Bintang ATAU Harimau kumbang





Harga bagi kayu limpanas saperti dibawah:
panjang = 1 meter 
Jenis yang jantan berwarna hitam  $35.00 RM
Jenis yang betina berwarna putih $ 30.00 RM
Harga post + bungkusan $10 RM
Untuk keterangan lanjut
TERHAD KEPADA YANG SANGAT BERMINAT SAHAJA
 sila hubungi melalui email 

 Roslano De Hassano   EMAIL: roslan44497@yahoo.com



TIDAK DI BENARKAN DIGUNAKAN MEMUKUL MANUSIA ATAU BINATANG PELIHARAAN KERANA BOLEH MEMUDARATKAN

No comments:

Post a Comment