LAZADA SPECIAL OFFER

Sunday, August 11, 2013

Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki


DOA PEMBUKA 12 PINTU - rezeki, cinta, nikmat, keselamatan, kebaikan, ilmu, syurga dan lagi...


Doa ni saya dapat ketika menghadiri kursus dikendalik Dato Dr. Mohd. Fadzillah Kamsah.  Banyak fadhilatnya.

Tapi, sebelum tu, saya nak mengingatkan diri saya dan sesiapa juga.  Asal ada masalah, jangan hanya bergantung nak doa itu doa ini, ayat quran itu ayat quran ini untuk diamalkan.  

Perkara wajib seperti solat mesti diutamakan, tutup aurat (bagi wanita).  Pendek kata, kita buat apa yang Allah suka dan insyaallah, apa saja kita minta Allah makbulkan.  

Kalau hayati betul-betul makna doa di atas, insyaallah  kalau diamalkan secara istiqamah, akan termakbullah.

Teman saya dulu pernah amalkan doa ini, dalam masa beberapa bulan saja, dia mendapat jodoh.  Kami semua tak sangka.  Dia beritahu, dia memang berhajat untuk jodoh dan Allah makbulkan.  Malah suaminya orang berada  dan menerima dia seadanya.

Bacalah doa ini selepas solat, sebelum tidur dan bila-bila saja.  Jadikan amalan.  Insyaallah dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya, terhindar daripada musibah, orang bertambah sayang dan apa yang didoakan.

Jangan berputus asa berdoa.  Ada orang Allah cepatkan doanya dan ada pula yang lambat dan mungkin ada juga yang Allah beri di akhirat.  Semua ini kerja Allah, hanya Dia yang tahu apa yang baik untuk kita.

Bila berdoa tu, bersungguh-sungguhlah dan mesti yakin dengan Allah.  Bersangka baik dengan Allah.

Lagi satu kalau kita memenuhi hajat orang, insyaallah Allah pun akan memenuhi hajat kita.

Jom, bersihkan hati kita dan beribadahlah secara ikhlas kerana Allah.

No comments:

Post a Comment