LAZADA SPECIAL OFFER

Sunday, August 4, 2013

Surah Al-Ikhlas tafsiran/ Surah Al-Ikhlas translation



Tafsir Surah Al-Ikhlas

MUQADDIMAH



Surah Al-Ikhlas adalah surah Makiyah, dan ia mengandungi 4 ayat. Surah ini menegaskan tentang keEsaan Allah SWT dan tiada suatupun yang setanding denganNya.
TAFSIR
1) Allah berfirman kepada nabi Muhammad SAW bahawa katakanlah kepada sesiapa yang bertanya kepadamu mengenai tuhan kamu, maka Dialah Allah tuhan yang maha Esa.
2) Tidak sepatutnya di abdikan diri melainkan hanya kepada Allah, Dialah tuhan tempat manusia bergantung dan meminta segala hajat dan keperluan yang berterusan (sampai bila-bila).
3) Dia tidak akan pupus, yakni Dia tidak melahirkan apa-apa malah Dialah yang mematikan setiap suatu yang akan punah dengan pastinya. Dia juga bukanlah menjadi ada dengan kejadian (atau kelahiran), yakni bukanlah Dia dari suatu yg tiada kepada ada, tetapi Dia dari awalnya memang Wujud dan akan kekal selama-lamanya.
4) Dan tidak ada satu pun yang serupa denganNya atau yang sepertiNya, yakni Dialah Allah yang Maha Esa dan tidak ada apa pun yang sama denganNya.
Allah menurunkan Surah barakah yang mempunyai 4 ayat ini sebagai jawapan daripada soalan yang ditanya oleh kaum musyrikin kepada nabi Muhammad s.a.w mengenai tuhanmu, maka katakanlah kepada mereka bahawa Allah itu adalah tuhan yang tidak layak selainnya untuk dituhankan melainakan Dia, tuhan yang Satu dan Esa pada sifatnya, zatnya dan perbuatannya dan tidak ada yang sama dengannya didalam sifat, zat dan perbuatan. Dialah pencipta segala-galanya, dan memiliki seluruh semuanya, dan tidak ada makhluk yang berupaya mencipta sesuatu yg setanding ciptaanNya.


Surah Al-Ikhlas is Makiyah chapter, and it consists of 4 sentences. This chapter emphasized the Oneness of Allah and nothing concerning comparable to Him.


INTERPRETATION


1) God spoke to the Prophet Muhammad that say to anyone who asks you about your Lord, then He is Allah the Almighty God.


2) There should be at Serve yourself but only to God, He is God places humans depend and ask all the wishes and needs constant (indefinitely).


3) He will not become extinct, that he did not produce anything but He will turn off all of a vanished with certainly. He is also not to be there with the incident (or birth), which is not of him that there is no one to have, but he was the first place exists and will last forever.


4) And none equal to Him or like Him, that He is the One True God and nothing equal.


Allah revealed Sura 4 verse blessed with this as the answer of the questions asked by the Pagans to the prophet Muhammad on your Lord, say to them that God is a god who is not otherwise eligible for dituhankan melainakan He, the One and True God in nature , essence and actions and the like are not in the nature, substance and action. He is the creator of everything, and a whole everything, and no being able to create something comparable creation
KELEBIHAN
Antara kelebihan bagi sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas ini adalah membaca 1 surah ini bersamaan dengan 1/3 al-Quran. Yakni pahala membaca 1 surah Al-ikhlas bersamaan dgn pahala membaca 1/3 alquran. Sebagaimana didalam hadith baginda s.a.w yang mafhumnya:
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabat-sahabatnya:
“Apakah seseorang di antara kamu semua akan merasa lemah (tidak kuat) untuk membaca sepertiga al-Quran dalam satu malam?” Tentu saja hal itu dirasakan berat oleh sahabat dan mereka berkata: “Siapakah di antara kita semua yang kuat melakukan itu, ya Rasulullah?” Kemudian baginda s.a.w. menjawab: “قل هو الله احد. الله الصمد adalah sepertiga al-Quran

No comments:

Post a Comment