DOA MELINDUNG BAYI DALAM KANDUNGAN.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Captain mengucapkan terima kasih pada pembaca setia blog ini dan di malam terakhir Ramadhan yang dimuliakan, captain mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan ini.
Kepada anda yang balik ke kampong nun jauh di utara, selatan dan pantai timur. Pandulah dengan cermat dan sampai ke destinasi dengan selamatnya.
Kepada ibu-ibu yang mengandung ada satu doa yang baik diamalkan sepanjang perjalanan balik supaya kandungan anda sentiasa dipelihara-Nya sepanjang masa. Diambil dari Surah Al-Anbiya ayat 91-93. Bacalah selalu sehingga anda selamat bersalin nanti.
Semuga bayi anda dijauhkan dari perkara yang tidak diingini. Dikurniakan anak yang soleh dan taat akan perintah Allah SWT. Anak yang baik dan tidak derhaka. Moga-moga dirahmati-Nya.
Maksudnya:
Ayat 91:
Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia.
Ayat 92:
Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.
Ayat 93:
(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).
Sekian, wasallam.
No comments:
Post a Comment