LAZADA SPECIAL OFFER

Monday, April 14, 2014

DOA UNTUK MENDAPATKAN KEMULIAAN DAN SEBESAR-BESAR PANGKAT DISISI ALLAH SWT

DOA UNTUK MENDAPATKAN KEMULIAAN DAN SEBESAR-BESAR PANGKAT DISISI ALLAH SWT



Penulis masih ingat lagi kata-kata dari seorang "Double Diamond AMWAY" abang Tajuin semasa seminar MLM dahulu di Fraser Hill, Pahang. Setiap orang yang berjaya inginkan tiga perkara iaitu kekayaan, pangkat dan pengitirafan (recognition). Sekiranya sudah kaya dan berharta. Ada yang sanggup bayar untuk dapatkan pangkat iaitu Darjah Kebesaran (Dato'). Begitu seterusnya juga ingin dikenali dan diiktiraf dalam kumpulan-kumpulan tertentu.  

Tetapi pernahkah kita terfikir untuk mengejarkan pangkat dan kemuliaan di sisi Allah SWT.? Adalah lebih baik dari mengejar segalanya yang ada di dunia yang pasti tidak kekal. Kejarlah pangkat dan kemuliaan di sisi Allah kerana ganjarannya adalah syurga Allah yang kekal abadi. Oleh yang demikian marilah sama-sama kita bacakan ayat ini setiap kali solat. Semuga mendapat kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

SURAH AL ANBIYA 

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .


MAKSUDNYA:

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.

Wasallam.

No comments:

Post a Comment