LAZADA SPECIAL OFFER

Saturday, November 1, 2014

Khasiat Daun Salam Utama Untuk Mengatasi Kolesterol (Rawatan Alami Yang Murah)

 

Khasiat Daun Salam



Khasiat Daun Salam,serai kayuIni Ialah Daun Salam
sumber gambar google

Pokok salam merupakan sejenis pokok tropika yang biasa ditemui tumbuh liar. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 90 kaki. Namun ketinggian yang biasa dijumpai ialah 60 kaki.

Ia mepunyai dahan yang merimbun dan dan berbentuk ringkas. Bunganya berwarna merah jambu dan mempunyai bau yang wangi. Buahnya kecil seperti buah beri, berwarna merah yang akan bertukar menjadi coklat apabila matang sepenuhnya.

Daunnya yang kering berbau wangi dan mempunyai rasa yang sedikit masam. Ia biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan Indonesia terutamanya masakan daging. Ia dikatakan akan menghasilkan aroma yang lebih kuat selepas digoreng atau dipanaskan.

Kandungan kimia utama bagi tumbuhan salam ini ialah : euginol, citral, tanin , flavanoid dan metachavicol. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.

Khasiat Daun Salam dalam perubatan
Perubatan herba menggunakan daun salam untuk mengubati penyakit seperti kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi. Bahagian yang digunakan termasuklah daun, akar, kulit batang dan buahnya.

Untuk diabetis melitus dan tekanan darah tinggi, caranya 20 helai daun salam direbus bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan pagi dan malam.

Untuk mengubati cirit birit, daunnya direbus dan disejukkan sebelum dicampur dengan sedikit garam sebelum diminum. Akar dan kulit batang pokok salam boleh digunakan untuk mengubati kudis dengan cara ditumbuk hingga halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut. Sesetengah pendapat juga mengatakan daun salam juga boleh digunakan untuk menurunkan kolestrol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya 3 kali sehari.


Info tentang Daun Salam
Daun salam (Laurus nobilis) ialah daun beraroma yang digunakan dalam masakan kerana aroma dan rasanya yang unik. Pokoknya dipanggil laurel dan buahnya seperti buah zaitun.

Daun salam digunakan untuk menambah aroma dan rasa untuk sup,masakan tumis dan pâtés dalam masakan Mediterranean. Ia juga bahan asas dalam masakan Barat yang digunakan untuk memanggang dan membakar.


Daun salam juga dikenali sebagai daun serai kayu dan juga dikenali sebagai Bay leaf.Dikawasan taman perumahan,Bandar Bukit Mahkota ,Bangi,memang ditanam dengan pokok ini disepanjang jalan. Digunakan sebagai ulam-ulaman dalam nasi kerabu dan dicampur bersama didalam kerabu perut.

Selain itu daun Salam Juga boleh didapati dalam bentuk yang dah dikeringkan, dan ada dijual di kedai mamak/rempah untuk dimasukkan ke dalam masakan kari/gulai.

Daun Salam Ganti Daun Pandan

Daun salam ini boleh di gantikan dengan daun pandan utk masak nasi lemak, saya dah cuba dan rasanya mmg sedap dan berbeza, kalau di indonesia timur, mereka masak nasi lemak dgn mengunakan daun salam nie. wsalam -Hisham/fazlisyam.com


Cara Jaga Pokok Salam
Soalan:
Pokok salam di rumah saya kena serang ulat (ulat yang berbulu dan gatal kalau terkena kulit). Pokok pun dah kekuningan macam nak mati,macam mana nak buat ni? Ada sesiapa boleh bagi petua atau apa-apa racun serangga yang boleh digunakan?

Jawapan
cuba amalkan petua ini.Ambil halia agak-agak dalam 5 cm,1 labu bawang putih,cili boh, daun mambu. Kisar semua bahan tadi, tapiskan airnya tambahkan air untuk dicukupkan 500ml.Masukkan air ke dalam bekas penyembur (seperti penyembur febreez tu) dan semburkan pada pokok setiap 2 mggu sekali. Insyaallah ulat tu akn lari sebab tak tahan bau bahan-bahan tu.

rujukan http://fazlisyam.com/2009/10/14/daun-salam/

Daun salam juga terbukti efektif menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol darah, serta mengubati gastrik (gastritis), katarak, gatal-gatal (pruritus), kudis (scabies) dan eksim (eczema).

Buah salam,buah serai kayuBuah Salam dikatakan boleh atasi mabuk alkohol

Berikut adalah cara penggunaan Pokok Salam Dalam Perubatan kesihatan:

Diare
Ambil 15 lembar daun salam segar. Cuci hinga bersih. Rebus dalam 2 gelas air sampai mendidih selama 15 minit. Masukkan sedikit garam. Setelah dingin, tapis, lalu minum air rebusan sekaligus.

Kencing manis (Diabetes mellitus)
Ambil 7-15 lembar daun salam segar, cuci hingga bersih. Rebus dalam 3 gelas air sampai menjadi 1 gelas. Biarkan sampai dingin,tapis. Minum airnya sekaligus sebelum makan lakukan 2 kali sehari.

Khasiat Daun Salam Atasi Gastrik
Ambil 15-20 lembar daun salam segar.Cuci hingga bersih. Rebus dalam setengah liter air sampai mendidih selama 15 minit. Tambahkan gula enau(palm sugar) secukupnya. Setelah dingi, minum ramuan tadi sebagai teh. Lakukan setiap hari sampai rasa perih di lambung hilang.

Khasiat Daun Salam Menurunkan tekanan darah tinggi
Ambil 7-10 lembar daun salam, cuci hngga bersih. Rebus dalam 3 gelas air sampai tinggal 1 gelas. Setelah dingin, tapis. Minum air rebusan 2 kali sehari, dengan setengah gelas sekali minum.

Khasiat Daun Salam Menurunkan kadar kolesterol
Sediakan 10-15 lembar daun salam yang segar. Cuci hingga bersih, seterusnya rebus dalam 3 gelas air sampai tinggal 1 gelas. Setelah dingin, tapis. Minum air rebusan sekaligus pada waktu malam. Lakukan setiap hari.

Khasiat Daun Salam ubat Gout(Asam urat tinggi)
Ambil 10 lembar daun salam segar, rebus dengan 4 gelas air hingga tinggal 2 gelas. Kemudian tapis. Minum selagi hangat.

Khasiat Daun Salam atasi Mabuk alkohol
Cuci 1 genggam buah salam masak, lalu tumbuk sampai halus.Perah dan tapis, air yang terhasil diminum sekaligus.

Khasiat Daun Salam ubat Kudis, gatal-gatal
Untuk pengubatan luaran,hanya ambil daun, kulit, batang, atau akar pokok salam secukupnya. Cuci hingga bersih, lalu giling halus sampai menjadi adunan seperti bubur.Lumurkan ke tempat yang gatal, kemudian dibalut.


Read more: http://www.oldtraffords.com/2011/03/khasiat-daun-salam.html#ixzz3HphWdWI3

No comments:

Post a Comment