LAZADA SPECIAL OFFER

Saturday, November 1, 2014

Zikrullah Mententeramkan Hati Dan Kelebihannya




Zikrullah Mententeramkan Hati Dan Kelebihannya

Janji Allah SWt kepada orang yang beriman, bahawa ketenangan jiwa yang sebenar adalah dengan sentiasa ingat kepada-Nya. Maka basahilah bibir kamu dengan zikrullah kerana ianya menghidupkan hati dan menenangkan jiwa. Allah berfirman: Yang bermaksud:
الذِينَ ءامنوا وَتَطْمئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكْر اللهِ الا بِذِكْر اللهِ تَطْمئِنُّ القُلوبُ
“Iaitu orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” [Ar-Ra’d:28]
Sheikh Ahmad Mustafa di dalam tafsirnya menyatakan sesungguhnya dengan mengingati Allah SWT semata-mata, hati golongan mu’min akan menjadi tenang dan hilanglah kegelisahan kerana ketakutan mereka kepada-Nya. Limpahan cahaya keimanan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka itulah yang melenyapkan segala kegelisahan dan kesedihan. Kegelisahan dan kesedihan mengenangkan seksaan Allah SWT atas segala kerja buat dosa dan maksiat dilenyapkan dengan mengingati balasan janji yang berupa pahala dan rahmat oleh Allah SWT.
[Lihat Tafsir Al-Maraghiy,Huraian ayat 28 Surah Ar-Ra’d, Ahmad Mustafa Al-Maraghiy]
Dr ‘Aidh Bin Abdullah Al Qarni di dalam kitabnya La Tahzan mengatakan Berzikir kepada Allah adalah syurga Allah di bumi-Nya. Maka siapa yang tidak pernah memasukinya, juga tidak akan memasuki Syurga-Nya di akhirat kelak. Zikrullah adalah penyelamat dan rawatan bagi segala penyakit jiwa dan hati. Zikrullah adalah jalan mudah meraih kebahagian hakiki. Zikrullah meruntuhkan segala beban kehidupan dan permasalahan hidup. Kehidupan menjadi tenang dan tenteram.
Percayalah, semakin banyak mengingati Allah, fikiran anda akan menjadi semakin terbuka, hati anda semakin tenteram, jiwa semakin bahagia dan nurani semakin damai sentosa. Itu, kerana dalam mengingati Allah terkandung nilai-nilai ketakwaan, keyakinan penuh, kebergantungan diri hanya kepada-Nya, kepasrahan kepada-Nya, berbaik sangka kepada-Nya dan pengharapan kebahagiaan dari-Nya. Allah sentiasa dekat ketika si hamba berdoa kepada-Nya, sentiasa mendengar ketika diminta, dan sentiasa mengabulkan jika dipohon. Sujudlah kepadanya dan sebutlah berulangkali nama-Nya yang indah dan penuh berkah itu tanda pengabdian kita kepada keesaan-Nya. Sampaikanlah pujian, doa, permohonan dan taubat kepada-Nya. Nescaya, berkat kekuatan dan pertolongan daripada-Nya, maka berolehlah ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan.
[Lihat La Tahzan, Mengingat Allah akan mententeramkan,Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.]
Mengingati Allah ‘zikrullah’ itu bukanlah hanya dikurniakan hati yang tenteram dan sejahtera malah lafaz bait-bait zikrullah itu ada nilai pahala yang sangat besar dan ianya memberatkan timbangan amal soleh kita di akhirat kelak.
Disebutkan dalam hadith sahih:
مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ مَثَلُ الْحَىِّ وَالْمَيِّتِ
“(Perumpamaan) orang yang selalu berzikir kepada Allah dan yang tidak pernah berzikir kepada Allah bagaikan orang hidup dan orang mati”
[Riwayat Bukhari, Lihat La Tahzan, Janganlah bersedih, Ingatlah Selalu Kepada Allah, Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.]
Sesibuk manapun kita, janganlah sampai terleka daripada mengingati Allah, sebanyak mana pun urusan dunia yang kita kejar janganlah sampai berat mulut kita untuk memuji dan bersyukur kepada Allah. Ringankanlah mulut kita untuk sekurang-kurangnya melafazkan سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ dan سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِberulang kali.
Ini kerana walaupun lafaznya pendek, ianya merupakan kalimah yang memberatkan timbangan amal kita dan sangat disukai oleh Allah SWT.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Dua Kalimah سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Allah yang Maha Pengasih.
[Riwayat Bukhari dan Muslim, Lihat Hisnul Muslim, Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir, Sheikh Dr Said Bin Ali Wahf Al-Qahtani]
Selain itu, Rasulullah juga mengajar kita untuk membaca zikir ini,
"سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ".
Bacaan ini memgambil masa yang sangat singkat tetapi timbangannya juga sangat berat. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW:
Nabi SAW pernah keluar pada suatu hari dari rumah isterinya, Juwairiyyah untuk solat Subuh dan Juwairiyyah sedang berada di tempat solatnya. Sewaktu Nabi SAW kembali, matahari sudah mula tinggi (dhuha) dan beliau masih di tempat itu. Apabila Nabi SAW melihatnya, Baginda bertanya, “Awak masih berada di tempat yang saya lihat sewaktu keluar tadi.” “Ya.” Jawab isterinya. Sabda Baginda lagi, “Sesungguhnya saya telah membaca selepas meninggalkan awak empat kalimah sebanyak tiga kali yang juga ditimbang dengan bacaan yang awak baca pada hari ini, timbangannya lebih berat lagi, iaitu "سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ".”
[Riwayat Muslim, Lihat Hisnul Muslim, Zikir Pagi dan Petang, Sheikh Dr Said Bin Ali Wahf Al-Qahtani]
Kita juga digalakkan sentiasa bertasbih (33x) سُبْحَانَ اللهِ, bertahmid (33x) الْحَمْدُ للهِ dan bertakbir (34x) اللهُ أَكْبَرُ mengingati Allah kerana ianya menenangkan, mententeramkan jiwa serta merehatkan kepenatan fizikal dan ganjarannya lebih baik daripada mendapatkan seorang khadam.
Kisah anak Rasulullah SAW, Fatimah yang juga merupakan isteri kepada Sayyidina Ali yang mengadu kepada Rasulullah SAW akan betapa penatnya dia menguruskan rumahtangga lantaran tiadanya pembantu dan meminta diberikan kepadanya seorang hamba sebagai pembantu. Rasulullah SAW tiada di rumah ketika anaknya itu datang, lalu Fatimah mengadu perihal ini kepada Sayyidatina ‘Aisyah dan ‘Aisyah menceritakan kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW berjumpa dengan anaknya itu di waktu malam dan mengajarkannya bacaan ini, iaitu tasbih (33x) سُبْحَانَ اللهِ, tahmid (33x) الْحَمْدُ للهِ dan takbir (34x) اللهُ أَكْبَرُ
[Riwayat Muslim]
Ini juga berdasarkan kepada hadith berikut yang bermaksud: “Sesiapa yang membacanya 33x سُبْحَانَ اللهِ، والْحَمْدُ للهِ، وَاللهُ أَكْبَرُ sewaktu hendak tidur adalah lebih baik baginya daripada mendapat seorang khadam.”

DAPATKAN DENGAN SEGERA


Koleksi Rahsia Doa Dan Amalan Penunduk (Anak Yang Degil), Pengasih, Pelaris Dan Agar DiSegani.
  
 394479 10151033990078248 2126500930 n 
sila dapatkan dilaman web ini : 

https://www.gum.co/kvMs


Untuk membantu meningkatkan keselamatan. Berwibawa dan disegani orang bawahan, sahabat, masyarakat, keluarga malahan musuh. Mengatasi masalah anak-anak degil dan yang kuat melawan menjadikan mereka anak-anak yang taat ibubapa dan patuh suruhan agama.. Sebagai penjaga dan pendinding serangan musuh yang berhadapan atau dalam selimut. Disamping itu untuk membanyakkan rezeki dengan mudah dan lancar. Dengan kuasa Allah tidak ada sesiapa pun yang boleh mengatasinya.

Pelaburan yang sedikit tetapi keuntungan sepanjang hayat malah selepas meninggalkan dunia yang fana ini. Insyallah amin!
Sekian wasallam.

No comments:

Post a Comment