LAZADA SPECIAL OFFER

Sunday, July 14, 2013

Doa melembutkan hati orang yang keras atau degil

RAHSIA KEHEBATAN SURAH AL-HASYR (AYAT 21)


Amalkan surah Al Hasyar ayat 21 (lauanzalna...) sekurangnya 3 kali sesudah solat atau jika ada keperluan, saperti untuk melembutkan hati anak-anak yang degil dan keras atau siapa saja dengan cara menggunakan ayat Al-Quran. Selepas membaca ayat tersebut kemudian berdoa " berkat fadhilat ayat tersebut lembutkan lah hati  Si-Fulan bin Si Fulan atau Si Fulanah bte Si Fulitu". Insyallah lembut lah hati nya walau pun sekeras batu gunung ganang.


Pengertian ayat 21 Surah Al-Hasyr adalah seperti berikut:-


Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.


Pengertian ayat 21 ini dapat menggambarkan betapa hebat dan kuatnya hanya dengan meletakkan ke atas gunung, belum lagi di baca dan diamalkan.

Adalah dinasihatkan kepada sesiapa yang ingin menjadikan pendinding diri dan untuk menghalau gangguan makhluk halus supaya membaca 11x tiap-tiap lepas solat maghrib. Insyallah akan terpelihara dan terhindar dari gangguan makhluk halus dan niat jahat manusia.

Lain lain ayat yang juga tidak kurang hebatnya saperti berikut:


Pengertian ayat 22 Surah Al-Hasyr adalah seperti berikut:-




Pengertian ayat 23 Surah Al-Hasyr adalah seperti berikut:-

Ù‡ُÙˆَ اللَّÙ‡ُ الَّذي لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ù‡ُÙˆَ"Dialah Allah, yang tiada Tuhan selain Dia!"

الْÙ…َÙ„ِÙƒُ"Maha Raja,"

الْÙ‚ُدُّوسُ"Maha Suci"

السَّلامُ"Maha Sejahtera,"

الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ُ الْÙ…ُÙ‡َÙŠْÙ…ِÙ†ُ"Yang Mengurniakan Keamanan, Maha Memelihara,"

الْعَزيزُ الْجَبَّارُ "Maha Perkasa, Maha Gagah."

الْÙ…ُتَÙƒَبِّرُ"Yang Membesarkan Diri;"

سُبْحانَ اللَّÙ‡ِ عَÙ…َّا ÙŠُØ´ْرِÙƒُ "Maha Sucilah Allah dari apa pun yang mereka persekutukan. "


Pengertian ayat 24 Surah Al-Hasyr adalah seperti berikut:-




Ayat 22-24 menerangkan kepada kita begitulah misalannya kalau ayat itu diletakkan di puncak gunung. Kekuatan ayat ini sebenarnya terletak pada 14 Asma’ul Husa yang ada dalamnya seperti berikut:-

1. ALLAH
2. AR-RAHMAN
3. AR-RAHIM
4. AL-MALIK
5. AL-QUDDUS
6. AS-SALAM
7. AL-MU’MIN
8. AL-MUHAIMIN
9. AL-AZIZ
10. AL-JABBAR
11. AL-MUTAKABBIR
12. AL-KHOLIQ
13. AL-BARR
14. AL-MUSAUWIR

Jika diamalkan insyaalah akan menambahkan kekuatan jiwa dan insyallah akan di hormati orang.

No comments:

Post a Comment