LAZADA SPECIAL OFFER

Tuesday, December 9, 2014

Menganggur? Doa Untuk Cari Kerja


Menganggur? Doa Untuk Cari Kerja

Assalamualaikum,

Beberapa bulan lepas, mil post entri pasal dapat kerja sebagai programmer. Memang gembira sangat, tetapi disebabkan masalah peribadi dan keluarga yang tak dapat dielakkan terpaksalah mil berhenti kerja. Memula tu ada request nak minta cuti tetapi sebab mil nie baru dan masih dalam kontrak tak dapatlah bos tu nak benarkan. Ala, faham jela syarikat swasta memang macam tu kan, perlu komitmen yang tinggi. Alamatnya, jalan terakhir yang terpaksa mil pilih adalah berhenti. Sedih? Mestilah sedih, dah ada duit sendiri, dah ada kerja yang baik dan tetap tetapi terpaksa berhenti pula. Jadi, Sekarang nie secara officialnya mil seorang penganggur yang akan konvo pada hujung tahun ini.

Pejam Celik rupanya dah nak sebulan mil menganggur, semua yang dihadapi sebelum ini alhamdulillah dah selesai dan rasanya semangat nak kerja semula dah berkobar-kobar. Tapi, terus terang nak cari kerja nie payah dik. Terlalu banyak persaingan dalam keadaan negara kita yang semakin membangun ini. Sebelum nie pun macam-macam mohon tapi satu pun takda hasil. Kadangkala tu rasa nak mengalah, apasal lah susah sangat nak cari kerja. Tapi bila fikir dalam-dalam, mungkin rezeki kerja mil tu tak sampai lagi. Jadi apa yang terbaik yang mil perlu buat berdoa dan terus berusaha untuk memohon pekerjaan. Tetapi takkan nak berusaha je, kena doa gak.

Jadi, selak punya selak internet nie adalah mil terjumpa satu doa untuk memudahkan kita mendapat kerja. Benda yang baik, patut kita kongsikan bersama. Betul tak. Jadi, kepada semua yang sedang cari pekerjaan tu bolehlah amalkan Doa ini.




Maksud:

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.”(Surah Al-Qashash: Ayat 24)

Cara-cara mengamalkan:

Bacalah setiap kali selepas solat.

1. Dimulakan dengan Istighfar-100x.
2. Shalawat Nabi 100x.
3. Surah Al-Waqiah-1x.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, doa ini pun boleh juga digunakan untuk mencari jodoh. Jadi siapa-siapa yang nak cari kerja sambil cari jodoh tu bolehlah amalkan doa ini. Tapi jangan pula minta kerja yang tidak halal sumbernya, confirmlah tak makbul.

Apapun, mil doakan semoga kita cepat dapat kerja sama-sama.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment