LAZADA SPECIAL OFFER

Tuesday, December 9, 2014

Petua Telinga Masuk Serangga



Petua Telinga Masuk Serangga

~~Assalamualaikum~~


Semalam masa tengah baring-baring dikatil, tetiba ada seekor serangga masuk telinga anda. Masa tu rasa macam nak terbang. Mak oiiii siapa tak risau kalau serangga masuk telinga dia. Nanti telinga bernanah, pekak atau berdesing, ehem kan dah jatuh saham. Tanya mak anda, dia kata "nanti keluar juga tu, tunggu jelah".

Hmmm, dah anda jenis yang cepat nebes, mana boleh terima jawapan macam tu. Apalagi, terus search di Google petua untuk mengeluarkan serangga masuk dalam telinga. Padahal serangga yang masuk telinga ansa tu pun, bukannya semut ataupun lipas. Saja nak risau lebih-lebih, first time lah katakan.

Mengikut pembacaan mil, tak adalah bahaya sangat kalau serangga masuk telinga kita. Cuma masalahnya, boleh menyebabkan gangguan pendengaran buat sementara waktu; tak selesa dan sakit. Itupun kalau serangganya luar biasa macam lipas ataupun semut.

Jadi, di sini mil nak kongsi 3 jenis petua untuk keluarkan serangga dari telinga kita:

Petua 1

Tutup lampu (malam) atau pergi ke tempat yang gelap (siang). Ambil lampu suluh dan suluh ke dalam lubang telinga. InsyAllah serangga akan keluar mencari punca cahaya itu. Ini kerana serangga adalah makhluk Allah yang suka kepada cahaya

Petua 2

Letakkan sedikit minyak ke dalam lubang telinga kemudian keluarkan minyak itu semula. Caranya, seperti petua telinga masuk air. Ini kerana, serangga itu akan terperangkap di dalam minyak itu. 

Petua 3

Tutup lubang telinga kanan dengan jari kanan, pekap hidung dengan tangan kiri dan tutup mulut anda. Semasa anda menutup 3 pancaindera di atas (telinga, hidung & mulut), tarik dan tahan nafas sepanjang yang boleh. Ulangi langkah 1 & 2 beberapa kali sehingga anda berjaya mengeluarkan serangga tersebut.

Kalau macam mil, ada cuba guna petua 1. Rasa kelakar pula masa buat petua tu semalam. Mil gunakan lampu suluh telefon, biar canggih sikit. Apapun, kalau cara macam nie atau petua lain tak berjaya juga. Alamatnya, terpaksalah ke klinik ataupun hospital yang berdekatan. Itulah pilihan yang terakhir. Share is Caring.

Think it Use it
Jangan Simpan
Kenangan Masa Lalu:

No comments:

Post a Comment