LAZADA SPECIAL OFFER

Tuesday, August 15, 2017

PETUA MELEMBUTKAN HATI ANAK YANG DEGIL USTAZ MOHD KAZIM ELIAS AL-HAFIZ




Wednesday, June 26, 2013

PETUA MELEMBUTKAN HATI ANAK YANG DEGIL - USTAZ MOHD KAZIM ELIAS AL-HAFIZ Hasil carian imej untuk doa anak degil ustaz kazim

Mesti korang semua peningkan melayan anak2 yang degil plus keras kepala. Fuhhhhhh... sabar jelah. Aku pon tak terkecuali dari merasa semua ni so alternatif aku cuba cari maklumat and tips macam mana nak lembutkan hati putra aku yang sorang tu. Nak dibiarkan memang tak bolehlah kan mentelah lg dia makin membesar so di bawah ini diperturunkan beberapa petua yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk menangani masalah anak degil dipetik dari Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz

1. Beli sekampit beras (boleh guna beras yang telah ada dirumah) dan bacakan 70kali surah Al-Fatihah setiap hari. Buat selama 7 hari berturut-turut.

Kampit beras yang dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al-fatihah. Jika menggunakan beras yang sedia ada, pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai 7 hari Al-Fatihah dibacakan. Boleh juga dibacakan surah Al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus.

2. Selepas 7 hari, beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Sekiranya beras semakin berkurangan maka boleh diulang kaedah ini secara berterusan.

3. Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat Hajat dan berdoa minta ALLAH lembutkan hati anak itu. Selepas itu pegang (gengam) rambut anak itu dan baca " Ya Rahim " sebanyak 1000kali. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut.

Semasa anak tidur, bacakan ayat dari Surah Asy-Syura 42 : 19 di ubun-ubun anak anda. ( Sila refer gambar disertakan )


Baca ayat ini sebanyak 19 kali setiap malam. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut. Doa ini boleh juga dibacakan pada air dan beras untuk kegunaan sekeluarga.

No comments:

Post a Comment